Tuesday 26 May 2015

 PENGENALAN
Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.


OBJEKTIF HARI GURU MALAYSIA

  • Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi),
    pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
  • Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam
    masyarakat Malaysia.
  • Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
  • Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
  • Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan
    -persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
  • Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil
    langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.

LOGO HARI GURU
Putih 
- Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.

Perak 
- Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.

Kuning
- Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan. Bulan dan bintang
  membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.

Merah
- Menunjukkan keteguhan semangat.

Biru
- Menunjukkan perpaduan muhibah.

Dari pusat lambang tersebut, muncullah buku yang memberi ilmu pengetahuan dalam segalalapangan bagi kepentingan negara yang aman dan makmur. Di hadapan bukudidapati rekabentuk seorang murid yang sentiasa memerlukan pengajarandan pendidikan daripada guru. Dua reka bentuk di antara murid dan buku,ialah guru perempuan dan lelaki berfikiran sama dalam segala lapangantentang mata pelajaran dan kokurikulum. Mereka sentiasa menggalakkanmurid-murid supaya meninggikan mutu pelajaran dan kegiatan kokurikulummengikut prinsip-prinsip Ruku Negara. Dari bawah didapati satu garisanbulat yang tebal mengandungi slogan "HIDUP BERBAKTI". Ini menjadisebuah tapak yang luas dan kukuh membuktikan perpaduan guru.


IKRAR HARI GURU

Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.

Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.


Berikut adalah gambar disekitar majlis Hari guru berlangsung

 di SKDT 2015 pada 18 MAY 2015. dengan 

Tema "GURU MEMBINA ILMU MENYEMPURNAKAN AKHLAK.












































Monday 18 May 2015

KEJOHANAN OLAHRAGA SKDT 2015
ACARA AWAL  ( ACARA PADANG)



ACARA LOMPAT JAUH










PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada  :

KETUA WILAYAH 4 MELAKA/JOHOR

PENGURUS CAWANGAN BANK RAKYAT
 MASJID TANAH

PPD ALOR GAJAH

PIBG SKDT

GURU BESAR SKDT

GURU-GURU PENOLONG KANAN SKDT

MERPATI MEGA ENTERPRISE

PENGUSAHA KANTIN

SEMUA GURU DAN KAKITANGAN SKDT

WARGA SKDT


Yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam menjayakan
Kejohanan Olahraga SK Durian Tunggal
Bagi Sesi 2015

Tuesday 28 April 2015

STORY TELLING COMPETITION

ALOR GAJAH ZONE 2015



Pada : 22 April 2015

Masa : 8.00 am

Tempat : SJK (C) PAY CHEE, Pulau Sebang.



Berikut gambar semasa pertandingan berlangsung.