PENGENALAN
Pada
tahun 1860 sekolah mula-mula didirikan di Solok Bukit Balai. Sekolah
dirobohkan dan digantikan dengan 2 buah sekolah iaitu lelaki (dipekan durian
tunggal) dan sekolah perempuan di solok padang kerbau (di kawasan masjid Durian
tunggal) . Tahun 1954 Sekolah Melayu ditukarkan nama kepada Sekolah Kebangsaan
Durian Tunggal. Pada tahun 1964 sebuah bangunan ditambah iaitu blok B dan
dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Tun Ghafar bin Baba pada 2 dis 1964.
selepas itu blok C didirikan pada tahun 1978. dan tahun 1989 blok A sekarang
(bangunan 4 tingkat)
SEJARAH
Sekolah pertama di Durian tunggal tidak dapat
dipastikan dengan tepat. Mengikut rekod JPM, sekolah yang mula-mula sekali
didirikan ialah di Solok Bukit Balai, pada tahun 1860. Sekolah ini merupakan
sebuah bangsal yang dibina di tepi sungai berhampiran dengan rumah Datuk Sidang
Hussin sekarang.
Beberapa tahun kemudian,
sekolah ini dirobohkan dan digantikan pula dengan dua buah sekolah baru, sebuah
sekolah lelaki dan sebuah sekolah lagi khas untuk perempuan. Sekolah lelaki
didirikan di pekan Durian Tunggal (di belakang bangunan kedai MARA sekarang)
manakala sekolah perempuan bertempat di Solok Padang Kerbau (di kawasan masjid
Durian Tunggal). Sekolah perempuan ini kemungkinan terpaksa ditutup kerana
kurang mendapat sambutan. Pelajar perempuan di sekolah itu dipindahkan ke
sekolah lelaki di pekan Durian Tunggal.
Pada 30 Dis 1929, sebuah
sekolah baru siap dibina oleh kerajaan di Solok Padang Kerbau dan diberi nama
Sekolah Melayu. Semua murid yang belajar di sekolah pekan itu telah dipindahkan
ke sekolah baru ini dan menjadikan pelajarnya seramai 150 orang.
Selepas negara kita mencapai
kemerdekaan, nama sekolah ini telah ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Durian
Tunggal. Sebuah bangunan tambahan telah dibina kerana bilangan pelajar semakin
bertambah. Bangunan yang diberi nama Sekolah B itu dibina pada tahun 1964.
Ianya telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Tun Ghafar Bin Baba (Ketua
Menteri Melaka pada masa itu) pada 2 disember 1964. Bangunan Baru ini
mempunyai 3 bilik darjah dan sebuah pejabat Guru Besar.
Pada tahun 1978, sebuah lagi
bangunan tambahan (blok C) didirikan disebabkan oleh halangan yang timbul,
bangunan ini hanya dapat disiapkan pada tahun 1983, ianya mengandungi 4
bilik darjah, 3 stor, sebuah bilik guru, sebuah bilik pejabat, dan dua buah
tandas murid.
Dengan pembinaan rumah awam
peringkat satu dan dua di kawasan berhampiran, bilangan murid sekolah ini telah
meningkat. Hingga hampir 500 orang. Memandangkan kekurangan kelas untuk
menampung bilangan murid yang bertambah itu, maka satu blok bangunan baru 4
tingkat didirikan pada tahun 1989 dan mula digunakan pada bulan disember tahun
itu juga Bangunan 4 tingkat ini mengandungi sebuah pejabat, termasuk bilik
Guru Besar dan guru, 13 buah bilik darjah, perpustakaan, bilik TV, surau, bilik
cetak dan sebuah bilik sains.
VISI
SEKOLAH
Pendidikan berkualiti,
insan terdidik,
negara sejahtera.
MISI
SEKOLAH
Melestarikan sistem pendidikan yang
berkualiti untuk membangunkan
potensi individu bagi memenuhi aspirasi
negara.
FALSAFAH
SEKOLAH
Bahawasanya
murid-murid yang ada di sekolah ini adalah mempunyai kebolehan dan potensi
untuk berkembang maju dari segi inteleknya. Dengan itu peluang seluas-luasnya
akan diberikan kepada murid-murid di sekolah ini untuk mengembangkan daya
intelek masing-masing. Bahawasanya kami para pendidik di sekolah ini mempunyai
keupayaan dan kebolehan ikhtisas untuk memberikan pendidikan yang sempurna dan
bermutu tinggi bagi memajukan pelajaran murid-murid di sekolah ini.
insan terdidik,
negara sejahtera.
No comments:
Post a Comment